Sektor Awam

Pengumuman
Bil. Tajuk
1. Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Kerajaan mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan Januari 2021. Kadar bantuan yang diumumkan adalah RM1,000 untuk pemohon B40 Isi Rumah, RM500 untuk pemohon B40 Bujang, RM600 untuk M40 Isi Rumah dan RM300 untuk M40 Bujang.

Lanjut
Tarikh pos: 20 November 2020
Tarikh luput: 31 Disember 2020
2. Portal Data Terbuka Sektor Awam

Mesyuarat Jawatankuasa Peneraju National Key Economy Area (NKEA) Communications Content and Infrastructure (CCI) yang dipengerusikan oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 29 Mei 2014 telah memutuskan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk melaksanakan Pembangunan Platform Data Terbuka Sektor Awam. Selaras dengan itu, bagi merealisasikan hasrat Kerajaan, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Ogos 2014 telah bersetuju supaya agensi sektor awam melaksanakan inisiatif data terbuka.
Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA), iaitu data.gov.my dibangunkan pada tahun 2014 bagi menyokong hasrat kerajaan melaksanakan data terbuka. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Lanjut
Tarikh pos: 20 November 2020
Tarikh luput: 31 Disember 2020
3. #MYCENSUS2020

BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020 (BANCI MALAYSIA 2020) MARI SEMUA JALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA DENGAN MENGISI eCENSUS SECARA DALAM TALIAN!!! BANCI 2020 DALAM TALIAN atau e-CENSUS INI TELAH DILANJUTKAN SEPERTI BERIKUT i. Pra- Pendaftaran DIBUKA semula : 7 Oktober 2020 sehingga 30 November 2020 ii. Pengisian eCensus DILANJUTKAN : 7 Oktober 2020 sehingga 21 Disember 2020 JOM SAMA-SAMA KITA JAYAKAN BANCI MALAYSIA 2020 Jom sama² uar-uarkan dan sebar luaskan kepentingan Banci 2020. Kerjasama anda didahului dengan ucapan TERIMA KASIH. Bagi anda yang TELAH selesai mengisi e-CENSUS, tahniah dan terima kasih diucapkan. Bagi yang BELUM selesai, separuh jalan atau belum mengisi...AYUH SERTAI SEKARANG JANGAN BERTANGGUH JANGAN BERTANGGUH JANGAN BERTANGGUH

Lanjut
Tarikh pos: 20 November 2020
Tarikh luput: 31 Disember 2020
Iklan
Bil. Tajuk
1. Kursus Data Engineer

Hebahan Peluang Kursus Persijilan Profesional Bagi pihak Urus Setia JTKWAICT (Lampiran A-C boleh dimuat naik dari Files FB Group PERJASA/ minta dari pegawai berkaitan seperti di bawah):
YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan, MAMPU akan melaksanakan kursus pensijilan profesional iaitu Kursus Data Engineer di bawah peruntukan dana Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT). Program ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam khusus dalam bidang Sains Data.

3. Sehubungan itu, MAMPU ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat untuk menyertai kursus ini. Ia terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat Persekutuan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Maklumat mengenai kursus adalah seperti di Lampiran A.

4. Pegawai yang berminat untuk menyertai kursus ini, boleh mengemukakan borang permohonan seperti di Lampiran B dan borang persetujuan seperti di Lampiran C kepada urus setia KWAICT melalui e-mel kwaict@mampu.gov.my selewat-lewatnya pada 15 Februari 2019.

5. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pelawaan ini, sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:

i. Pn. Noorainee Binti Mahmood
No. Telefon : 03-88723141
ii. Pn. Noor Aieda Binti Abu Bakar
No. Telefon : 03-88725112
ii. Pn. Masrina Binti Aminuddin
No. Telefon : 03-88725174
Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

URUS SETIA KWAICT
MAMPU, JABATAN PERDANA MENTERI



Tarikh pos: 20 November 2020
Tarikh luput: 31 Disember 2020
Perkhidmatan dari Saya
Bil. Tajuk
1. Ijazah Seni
Mempunyai kemahiran melukis seni halus

Tarikh pos: 20 November 2020
Tarikh luput: Tiada
2. Jurulatih First Aid
Mempunyai Sijil First Aid,

Tarikh pos: 20 November 2020
Tarikh luput: Tiada
Saya perlukan
Bil. Tajuk
1. Perkhidmatan Mencuci
Perkhidmatan mencuci alas meja makan diperlukan.
Membantu mencuci alas meja makan perniagaan katering.
Hubungi saya: di apps MyDID atau hubungi 0192292929.
Tarikh pos: 20 November 2020
Tarikh luput: Tiada
Refresh